Sekitar Bengkel RPH Tahap Dua 2010

Bertempat : Bilik Gerakan Harmoni SK Luyang

Tarikh : 28 - 30 September 2010



Sekitar Mesyuarat JPPIKK ke-4

Rombakan AJK


Antara yang hadir

Mesyuarat JPPIKK Ke-4 2010

Siaran ini adalah dimaklumkan setiap Ketua Unit masing-masing agar dapat hadir ke Mesyuarat JPPIKK 2009-2011 Ke-4 seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 6 Ogos 2010
Masa : 2.00 petang
Tempat: Bilik Gerakan SK Luyang

Antara agenda mesyuarat :
  1. Ucapan Pengerusi
  2. Ucapan Pegawai
  3. Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu
  4. Perkara berbangkit
  5. Penyerahan kepimpinan JPIKK kepada Timbalan
  6. Hal-hal lain

Majlis Perpisahan Pn. Hjh. Leha Penyelia UPI PPDKK

Salam,
Pihak JPPIKK menjemput semua GPI&jQAF Daerah Kota Kinabalu ke Majlis Perpisahan Akak Hjh. Leha yang akan berpindah ke SPI Negeri 9 pada 30 Jun ini. Sehubung dengan itu satu majlis telah dirancang seperti ketetapan berikut:

Hari : Ahad
Jam : 8.00 Pagi
Tarikh : 27 Jun 2010
Tempat : Masjid Nurul Hikmah, Bukit Padang
Perasmi : PPD KK
* Semua tetamu (GPI&jQAF) diminta menyumbangkan RM5 utk. makanan (diri sendiri)
*Semua AJK JPPIKK diminta hadir pada petang Sabtu jam 4 ptg utk persiapan tempat.
*Pertanyaan sila hubungi Ust. M. Farizan 0128435152 / Ust. Che Noor Mazlan 0128201410

Agenda:
Ucapan aluan Pengerusi JPPIKK
Ucapan Pn. Hjh. Leha
Ucapan PPD KK
Jamuan

Mesyuarat JPPIKK Ke-3 2010

Siaran ini adalah dimaklumkan kepada setiap AJK tertinggi JPPIKK agar dapat hadir ke Mesyuarat JPPIKK ke-3 sesi 2009-2011 seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 27 Mei 2010
Tempat : Bilik Gerakan SPI, Ting. 5, Blok B, Banggunan KWSP.
Masa : 2.00 petang

Agenda mesyuarat :
  1. Ucapan Pengerusi
  2. Ucapan Pegawai
  3. Laporan Setiausaha
  4. Laporan Bendahari
  5. Perancangan Aktiviti
  6. Hal-hal lain.

BUKU PAFA

Salam, kepada semua sekolah yang hendak mendapatkan Buku PAFA bolehlah menghubungi U. Farizan 0128435152 atau U. Shahidan 0138510556 (KK) untuk tempahan.
Harga RM2.00 termasuk penghantaran (Harga biasa RM2.20)
Tempahan secara pukal digalakkan.

MTQ 2010

Salam, berikut adalah jadual perjalanan MTQ 2010

8 Mac 2010 Bengkel Penghakiman MTQ SK&SMK Anjuran JPPIKK&PPD, Bilik Pusat Sumber, Tingkat 6 Blok B, Bangunan KWSP (semua hakim MTQ PPD KK)

9 Mac 2010 MTQ KKU di SK Inanam Dua

11 Mac 2010 MTQ KKS di SK Sri Gaya

12 Mac 2010 Tarikh akhir serahan Sumbangan Derma MTQ. Hantar kepada Bendahari MTQ Usth. Hjh. Leha

23 Mac 2010 Mesyuarat AJK Kerja 2 MTQ Daerah Kota Kinabalu di SMK Tobobon

24 Mac 2010 MTQ Daerah Kota Kinabalu

"Al Quran Pemangkin Wahdatul Ummah"

Salam Maulidur Rasul 1431H

Selamat Menyambut Maulidur Rasul buat teman sekalian,Alhamdulillah, segala puji kita panjatkan kepada Allah yang telah memberikan pelbagai nikmat kepada kita, selawat dan salam buat junjungan besar tercinta Nabi Muhammad SAW, penutup sekalian para nabi dan rasul, penunjuk jalan al-haq dan daie sepanjang jalan.

Tanggal 26 Februari 2010 bersamaan dengan 12 Rabiulawal 1431H, kita menyambut hari keputeraan baginda Rasulullah SAW. Keputeraan Rasulullah dan perutusan baginda kepada kita merupakan satu nikmat besar buat umat sejagat. Ini kerana kelahiran baginda memberikan petanda risalah dan penyelamat umat daripada terus dibelenggu arus jahiliyah.

Marilah bersama-sama kita menjunjung kecintaan pada baginda SAW, kita telusuri sejarah baginda dan kita agungkan dakwah serta jihad baginda dalam hidup kita.

Bahan Bercerita & Syarahan MTQ 2010

Salam, kepada sekolah SK & SMK Daerah Kota Kinabalu yang belum menerima bahan bengkel bercerita & syarahan MTQ 2010 bolehlah emailkan nama , no. tel, dan nama sekolah antum kepada Urus Setia: jppikk@ymail.com dengan kadar segera, wassalam

Bengkel Bercerita MTQ 2010

Makluman ini dipanjangkan kepada semua Ketua Panitia Pendidikan Islam, Kota Kinabalu. Satu bengkel bercerita akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 5 Februari 2010
Tempat : Bilik Manukan, Tingkat 5, PPD, KK.

Sila bersedia dengan bahan yang diperlukan seperti laptop dan isi cerita berdasarkan format MTQ 2010 yang telah diberikan sebelum ini. Harap maklum.

MTQ 2010

Assalamualikum,
Kepada semua sahabat, antum boleh klik di bawah untuk muat turun soalan MTQ 2010
Sila maklumkan kepada sahabat yang lain
Wassalam.
MTQ 2010
Related Posts with Thumbnails
 

Paparan

Design Blog team JPPIKK.