Salam Maulidur Rasul 1431H

Selamat Menyambut Maulidur Rasul buat teman sekalian,Alhamdulillah, segala puji kita panjatkan kepada Allah yang telah memberikan pelbagai nikmat kepada kita, selawat dan salam buat junjungan besar tercinta Nabi Muhammad SAW, penutup sekalian para nabi dan rasul, penunjuk jalan al-haq dan daie sepanjang jalan.

Tanggal 26 Februari 2010 bersamaan dengan 12 Rabiulawal 1431H, kita menyambut hari keputeraan baginda Rasulullah SAW. Keputeraan Rasulullah dan perutusan baginda kepada kita merupakan satu nikmat besar buat umat sejagat. Ini kerana kelahiran baginda memberikan petanda risalah dan penyelamat umat daripada terus dibelenggu arus jahiliyah.

Marilah bersama-sama kita menjunjung kecintaan pada baginda SAW, kita telusuri sejarah baginda dan kita agungkan dakwah serta jihad baginda dalam hidup kita.

Bahan Bercerita & Syarahan MTQ 2010

Salam, kepada sekolah SK & SMK Daerah Kota Kinabalu yang belum menerima bahan bengkel bercerita & syarahan MTQ 2010 bolehlah emailkan nama , no. tel, dan nama sekolah antum kepada Urus Setia: jppikk@ymail.com dengan kadar segera, wassalam

Bengkel Bercerita MTQ 2010

Makluman ini dipanjangkan kepada semua Ketua Panitia Pendidikan Islam, Kota Kinabalu. Satu bengkel bercerita akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 5 Februari 2010
Tempat : Bilik Manukan, Tingkat 5, PPD, KK.

Sila bersedia dengan bahan yang diperlukan seperti laptop dan isi cerita berdasarkan format MTQ 2010 yang telah diberikan sebelum ini. Harap maklum.
Related Posts with Thumbnails
 

Paparan

Design Blog team JPPIKK.