1. Meningkatkan kualiti Pendidikan Islam dan Bahasa Arab dengan merancang pengajaran dan pembelajaran dengan lebih tersusun berdasarkan kehendak dan pendekatan Islam Hadhari yang disarankan.
2. Membantu menyelaras semua aktiviti Panitia Pendidikan Islam Peringkat Daerah Kota Kinabalu.
3. Merancang strategi pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam dan Bahasa Arab berdasarkan pendekatan semasa dengan memilih dan menggunakan pelbagai teknik yang sesuai.
4. Bertindak sebagai Jawatankuasa Penyelaras bagi memastikan semua murid Islam sekolah rendah dapat menguasai bacaan dan tulisan Jawi, khatam al-Quran, menguasai asas Bahasa Arab dan memantapkan serta menghayati amalan Fardu Ain (PAFA).
VISI
Menjadikan Guru Pendidikan Islam sebagai pembangun murid cemerlang, gemilang dan terbilang dunia dan akhirat.
MISI
Melaksanakan agenda pengajaran & pembelajaran berlandaskan pendekatan Islam yang universal, maju, bertamadun, bertoleransi dan berimbang sejajar dengan konsep Islam Hadhari
0 ulasan:
Post a Comment